1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir,
fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
- Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
- Baca Al-fatihah hingga akhir
2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
- Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa
a'la ali Muhammad
- Pendek pun takpa, paling elok selawat
ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
- Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi
bagus) contoh dibawah ni :
- Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat
lelaki)
- Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat
perempuan)
- Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh,
tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh
malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
- "Assalamualaikum warahmatullah "
Beri Salam kanan dan kiri
- Selesai
Jika jadi makmum, ikutlah di belakang
imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun
makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat
jenazah..
kredit : 1001 Sirah Nabi Muhammad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan